Saturday, November 27, 2010

MUKA DEPAN TUGASAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
(SEMESTER SEPTEMBER 2010)


HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO


TUGASAN KURSUS
VOLUME OF LIQUID


NIK LAILY@NIK SHUAIZA BT HUSAIN
770730-03-6154
019-9645497

TUTOR:
MR. FAN SIONG PENG

PUSAT PEMBELAJARAN:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU SULTAN MIZAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1. Soalan Tugasan
2. Pengenalan
3. Video Cara Mengukur Isipadu Cecair
4. Alat yang Digunakan Untuk Menyukat Isipadu
4.1 Alat Bukan Piawai
4.2 Alat Pengukuran Piawai
5. Dua contoh aktiviti Pelajar Mengukur Isipadu
5.1 Kumpulan Lemah
5.2 Kumpulan cemerlang
6. Kesimpulan
7. Rujukan

SOALAN TUGASAN

SOALAN TUGASAN

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at http://www.blogger.com/ on developing your blog. You are only required to submit link to your blog.

PENGENALAN

PENGENALAN

Isipadu merujuk kepada jumlah cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas. Dalam mempelajari matematik, konsep pengukuran amat baik diguna pakai bagi membantu para pelajar memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang lebih jitu. Pengukuran ialah satu proses dimana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Mengenal pasti cirr isipadu cecair adalah dengan enam langkah perkembangan.
• perbandingan terus mengenai isipadu cecair
• tidak langsung perbandingan isipadu cecair melalui rujukan
• mengenalpasti alat yang tidak standard untuk mengukur isipadu cecair
• mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat pengukur yang tidak standard
• memperkenalkan alat mengukur yang standard untuk isipadu cecair
• mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat mengukur yang standard.
Isipadu cecair merupakan kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai iaitu lebih atau kurang dan unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, teko, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuranmuatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.
Guru juga boleh memperkenalkan konsep mengenai kapasiti kepada murid-murid

How To Measure the Volume of a LIquid Using A Graduated Cylinder

Penerangan video

Penerangan video
Video klip ini pula menunjukkan kepada kita bagaimana cara mengukur dan membaca isipadu cecair dengan betul dengan menggunakan unit piawai. Peralatan yang digunakan ialah selinder penyukat. Melalui penerangan yang diberikan, selinder penyukat hendaklah diletakkan di atas permukaan yang rata seperti di atas meja. Ini bagi mengelakkan bacaan menjadi tidak tepat. Kemudian, cecair dimasukkan secara berhati-hati ke dalam selinder penyukat. Bacaan cecair yang tepat diukur pada bahagian cecair yang melengkung dan bukannya di tepi selinder penyukat. Mata kita pula hendaklah sama dengan paras cecair yang akan dibaca. Akhirnya jawapan yang tepat akan diperolehi.

Peralatan Bagi Mengukur Isipadu Cecair. i. Peralatan bukan piawai

Peralatan Bagi Mengukur Isipadu Cecair
i. Peralatan bukan piawai
Pelbagai jenis alat boleh digunakan bagi mengukur isipadu cecair. Alatan ini adalah lebih murah, mudah diperolehi dan juga senang digunakan . Antaranya adalah seperti berikut: