PENGENALAN
Isipadu merujuk kepada jumlah cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas. Dalam mempelajari matematik, konsep pengukuran amat baik diguna pakai bagi membantu para pelajar memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang lebih jitu. Pengukuran ialah satu proses dimana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Mengenal pasti cirr isipadu cecair adalah dengan enam langkah perkembangan.
• perbandingan terus mengenai isipadu cecair
• tidak langsung perbandingan isipadu cecair melalui rujukan
• mengenalpasti alat yang tidak standard untuk mengukur isipadu cecair
• mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat pengukur yang tidak standard
• memperkenalkan alat mengukur yang standard untuk isipadu cecair
• mengukur isipadu cecair dengan menggunakan alat mengukur yang standard.
Isipadu cecair merupakan kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai iaitu lebih atau kurang dan unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, teko, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuranmuatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.
Guru juga boleh memperkenalkan konsep mengenai kapasiti kepada murid-murid
No comments:
Post a Comment