RUMUSAN
Konsep isipadu ini dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Selain itu , ia dapat melahirkan pemikiran yang kritis dan kreatif di kalangan pelajar. Hasilnya, konsep isipadu ini akan dapat diadaptasikan di dalam kehidupan seharian setelah mereka faham dengan jelas dan tidak lagi berlaku salah konsep tentang isipadu ini.
Penguasaan konsep isipadu cecair perlu dikuasai oleh seseorang pelajar supaya
pembelajaran mereka lebih berkesan. Guru perlu bijak memainkan peranan supaya
pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair lebih berkesan.
Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk
mengukuhkan penguasaan konsep isipadu cecair di dalam diri murid.
No comments:
Post a Comment