Penerangan video
Video klip ini pula menunjukkan kepada kita bagaimana cara mengukur dan membaca isipadu cecair dengan betul dengan menggunakan unit piawai. Peralatan yang digunakan ialah selinder penyukat. Melalui penerangan yang diberikan, selinder penyukat hendaklah diletakkan di atas permukaan yang rata seperti di atas meja. Ini bagi mengelakkan bacaan menjadi tidak tepat. Kemudian, cecair dimasukkan secara berhati-hati ke dalam selinder penyukat. Bacaan cecair yang tepat diukur pada bahagian cecair yang melengkung dan bukannya di tepi selinder penyukat. Mata kita pula hendaklah sama dengan paras cecair yang akan dibaca. Akhirnya jawapan yang tepat akan diperolehi.
No comments:
Post a Comment